Plot Realiti (drama)

Siri drama ini mengisahkan lima peserta program realiti berjenis pertandingan menyanyi bercorakkan Malaysian Idol bertajuk Malaysian Star. Bekas penyanyi rock Mac memikul tanggungjawab sebagai jurulatih vokal untuk para peserta, iaitu Amir, Melody, Burn, Nickson, dan Baby. Cerita ini juga mengisahkan laluan sukar yang terpaksa diharungi oleh para peserta untuk menjadi juara pertandingan. Setiap peserta juga didapati mempunyai rahsia mendalam, zaman silam yang gelap serta latar belakang yang rumit. Hanya seorang antara mereka akan merangkul gelaran juara. Siapakah dia?